Selasa, 11 Jamadil Awal
1425
Alhamdulillah.. banyak nikmat Allah turunkan pada aku. Minggu lepas ada Open Day di tempat aku. Dalam mengejar masa menyiapkan tugasan yang diberi, aku dibantu oleh kengkawan yang memang sporting semuanya. My endless gratitude to: :: web team --> Ghazali, Wan and Syue :: banner team --> Zila, Liza, Aida, Jaja, Ikin and Fizul :: poster & flyer team --> Intan, Syed and Is :: stall deco team --> Rin, Jaja, Syue, Wan and Angah :: tidbits & games team --> Ikin & Jaja, Angah & Syue :: above all, my thanx to the Directors yang put trust on me to lead, to dearest K.Lily and to all yang tak sempat dimention di sini. Masuk hari ni, mulut aku dah makin tak betul menyebut nama-nama orang. Hehe.. banyak sangat yang nak keluar bila menyebut.. mulut tak dan nak catch-up.. :P Alhamdulillah juga, hari ni aku dapat sebuah Al-Qur'an kecil yang berwarna tajwidnya, ole-ole dari K.Izan yang selamat menunaikan umrah baru-baru ni. Dapat juga sebuah (?) tasbih biru yang cantik dan minum air zam-zam serta makan kacang dan kurma dari sana. Semoga diterima Allah umrahnya, dan lepas ni jemput aku & Abg pulak tunaikan haji.. hehe.. Lima buah Qur'an poket pesanan Abg juga dapat dengan selamatnya. Abg semenjak jadi guru komputer di Maahad Tahfiz negeri ni rapat dengan pelatih disana. Dia berhajat sedekahkan Qur'an tu supaya dapat digunakan sepanjang pengajian mereka. Kalau di Universiti Madinah, Qur'an poket tu pelajar-pelajarnya simpan dalam poket le.. tak berenggang kecuali ke tandas. Sebab diorang kena hafal Qur'an kan.. Kalau bagi yang besar susah pulak diorang nak bawa. K.Izan pergi dengan ustazah Yaminah, seorang guru agama yang sangat aku hormati. Dia Ustazah aku sejak dari Peralihan sampai le sekarang, walupun dah tak duk dalam kelas. Bestnyer... bila la nak gi lagi? Ya Allah, jemputla aku.. jemput la aku..
|
|
Dan hendaklah di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali'Imran:104) | |
Jumaat, 15 Rabiul Akhir
1425
Pening kepala aku datang lagi. Pergi jumpa doktor, doktor kata darah naik.. oo, patut la. Kena kurangkan makan. Kurangkan pikio. Lebihkan relax.. AAAhahahahahahaaaa!!! iza : 09.40 am |
|
Rabu, 6 Rabiul Akhir 1425
Dua tiga hari ni puas aku memikir. Tentang kehidupan aku di dunia ni. Sejauh mana ianya akan pergi. Bila aku tengok orang lain, mereka pun ada kehidupan masing-masing. Ada urusan tersendiri. Ada perasaan yang membuatkan mereka mampu tersenyum lagi setelah segala-gala yang mereka lalui ditinggalkan di belakang. Bagi aku banyak cita-cita yang dah tercapai. Secara tak aku sedar. Namun bila aku toleh ke belakang, masya Allah.. begitu banyak nikmat yang Engkau beri, Ya Allah. Tapi kini aku masih ada cita-cita. Dan aku rasa, selagi aku bernyawa di bumi Tuhan ini, aku tetap akan ada cita-cita. Kalau boleh, sekarang ni aku nak jadikan orang kenal Engkau sebagaimana aku kenalMu Ya Allah. Aku nak mereka faham sifat Engkau sebagaimana aku faham, atau mungkin lebih baik lagi. Aku nak mereka rasa kasih sayang Engkau di dalam jiwa mereka sebagaimana aku rasa Ya Allah. Aku mohon diberi kekuatan untuk menyampaikan ajaran Nabi dan Rasul. Supaya semuanya merasakan manisnya berkasih sayang dan tolong bantu hanya kerana Mu. Supaya semuanya merasakan indahnya kehidupan jika tiada penipuan, hasad dengki, besar diri dan berbagai lagi penyakit hati. Ya Allah, lemahnya aku. |
|
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (AlBaqarah:257) | |
iza : 08.25 am |
|
Selasa, 5 Rabiul Akhir
1425
Pening kepala. Pagi pening. Petang pening. Malam pun pening. Pening sebab Abg tak der. Abg jauh dari aku sekarang ni. Tadi Abg call kata urusan dia tak selesai lagi. Semalam orang tu kata nak jumpa hari ni. Pergi hari ni, dia kata tetiba ada meeting pulak. Dia soh datang esok. Hiiiiiiiiiiiiiiii!!! Geramnyer aku ke orang tuh! Mentang-mentang la dia orang besar! GRRRRRRR!!!! Sian kat Abg. Dah tiga kali dia tukar tempat tidur. Mana tidaknya, tak masuk bajet nak stay lama-lama kat KL tu. Masuk minggu ni, dah 3 minggu berturut-turut Abg ke sana. Abg tak kisah sangat kat mana-mana. Kalau aku ada, dia tak kisah pulak nak spend banyak sikit untuk tempat selesa. Abg berusaha sungguh-sungguh untuk projek ni. Dia kata, kalau jadi betul-betul, ada rezeki, dia aim nak bawak aku pegi tempat yang aku suka sangat tuh. Wow! Bestnyer!! Ya Allah, Kau mudahkanlah urusan Abg di dunia dan di akhirat. |
|
"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas". (AlBaqarah:212) | |
Ya Allah, Kau mudahkanlah Kami menziarahi maqam RasulMu, dan menunaikan haji di Bait Mu, amin Ya Rabbal aa'lamiin. iza : 03.55 pm |
|
Isnin, 4 Rabiul Akhir 1425
Pagi tadi tak sempat breakfast. Lepas abah antar gi keje, hajat ati nak terus ke bank.. tapi nak kena pinjam kete orang dulu. Hehe.. Abg tak der, ke KL dia semalam. Sampai kat bilik, alamak.. kunci tertinggal pulak. Kena duduk menunggu dalam sejuk hujan pagi. Aku call K.Izan yang baik ati. Dia tak jawab. Aku rasa cam ada orang datang.. tengok-tengok dia.. Heheh.. Mintak bukak kan bilik... dan mintak pinjam kete. Dia bagi.. tapi bukan kete dia, dia pun bawak kete adik dia. Alamak.. tak per la K.Izan.. Last-last, aku pegi jugak dengan meminjam kete Zila.. roomate sorang lagi. Terpaksala.. nak buat camner, ada urusan dunia yang perlu diselesaikan. Thanks Zila. Semoga murah rezeki bole beli kete besar lagi.. :) Nak keluar tetiba kena panggil masuk meeting. Abis meeting kul 11. kul 11.30 keluar pi bank. Round dua kali sebelum dapat illegal parking. Tenyeh borang pas tu sumbat dalam mesin besi. Balik opis. Sampai opis lapar giler. Ajak Angah tapau. Sambil layan selera, tangan sempat berbual dengan Nett. Alhamdulillah.. makan jugak aku akhirnya. :) Lama dah aku tak
|
|
"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya". (AlBaqarah:207) | |
Aku belum masuk kategori yang Allah sebutkan nih. Bila nak masuk, aku pun tak pasti bila. Ya Allah.. terlalu sibuk dunia aku. Kau berikanlah aku kesempatan, Ya Allah.. untuk menjadi sesuci Rabi'atul Adawiyyah sebelum aku kembali mengadap Mu, Tuhanku yang satu, amin. iza : 1.46 pm |
|
Sabtu, 1 Rabiul Akhir 1425
Apa yang aku dah buat selama ni? Apa sumbangan aku? Paling penting, apa yang aku akan buat? Tersentuh hati waktu melihat wajah kecil tanpa dosa menangis meratapi kematian ibunya tak cukup untuk aku menebus tanggungjawab aku selama ni. Ya Allah.. Teringat aku pada pesan Junjungan Mulia, jika tak dapat ditangani dengan perbuatan atau perkataan, berdoalah, dan itulah selemah-lemah iman. Ya Allah, lemahnya iman aku. Umat Islam sekarang ni dah banyak sangat kena fitnah. Sana sini kena serang dengan pihak-pihak yang memang nak sangat tengok Islam jatuh. Banyak juga pihak yang cuba membangunkan maruah Islam. Aku duduk kat mana? Setakat bercakap bencikan Yahudi cukup ker? Setakat boikot barangan Yahudi cukup ker? Ya Allah.. kuatkan iman ku. iza: 10.37 am |
|
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', (AlBaqarah:45) |
|
|